Perniagaan koperasi

Enam aktiviti perniagaan yang dijalankan KoIKMa untuk menjana pendapatan bagi manfaat anggota.

Pasar Mini
Runcit barangan keperluan harian untuk anggota, warga IKMa dan penduduk sekitar. Makanan ringan, minuman, barangan segar, keperluan pejabat dan cenderamata. Sambungan 115.
Stor Bekalan
Kontrak bekalan bahan basah dan bahan kering kepada Unit Fasiliti dan Bekalan di ibu pejabat IKMa. Sambungan 119.
Aktiviti Sewaan
Pengurusan sewaan tanah seluas 10.99 ekar, lot komersial, van penumpang serta ruang pejabat di cawangan IKMa Pahang, Terengganu, Alor Setar, Tamarind dan Ipoh. Sambungan 119.
Coop Space @ Tamarind Square
Bangunan tiga tingkat milik koperasi. Bilik seminar, pengurusan acara, katering dan ruang pejabat untuk disewa. Sambungan 119.
Takaful Kenderaan
Ejen sah bagi insurans kenderaan, pembaharuan cukai jalan, insurans kelompok, perjalanan dan hartabenda melalui Etiqa Takaful, Takaful Malaysia dan Takaful Ikhlas. Sambungan 119.
Digitalisasi Koperasi
Latihan dan kursus pengurusan kewangan koperasi, operasi perniagaan, pentadbiran, keanggotaan, pemasaran dalam talian, pembangunan laman web dan sistem iKoop. Sambungan 119.

Pertanyaan perniagaan

Pasar Mini: sambungan 115. Semua aktiviti lain: sambungan 119. Talian utama 03-7932 1481.

Layak menjadi anggota?
Keahlian terbuka kepada warga kerja Institut Koperasi Malaysia, ahli keluarga mereka, dan bekas kakitangan IKMa yang telah bersara.